DASAR PEMULANGAN PRODUK
Klikspace Resources (TR0233754P) | Ejen Sah AU NATUREL ONLINE VENTURES
serumsabun.com
Tarikh Berkuat Kuasa: 24 April 2026
1. Polisi Umum
Klikspace Resources mengamalkan dasar tiada pemulangan dan tiada bayaran balik (No Return, No Refund) bagi semua produk Au Naturel yang dijual melalui serumsabun.com, melainkan dalam keadaan tertentu yang dinyatakan di bawah.
Setiap pembelian dianggap muktamad setelah pengesahan pesanan dibuat oleh pihak kami.
2. Produk TIDAK Layak Dipulangkan
Pemulangan TIDAK akan diterima dalam keadaan berikut:
Produk dalam keadaan baik dan tidak rosak
Pelanggan berubah fikiran selepas pembelian
Produk telah dibuka, digunakan atau segelnya telah dirosakkan
Produk tidak disimpan mengikut arahan penyimpanan yang diberikan
Ketidakselesaan atau reaksi kulit yang timbul akibat sensitiviti peribadi — sila baca senarai bahan sebelum membeli
Kelewatan penghantaran akibat faktor di luar kawalan kami (bencana alam, isu kurier, dsb.)
3. Keadaan Yang LAYAK Dipulangkan
Pemulangan dan pertukaran HANYA akan dipertimbangkan dalam keadaan berikut:
Produk diterima dalam keadaan rosak atau pecah semasa penghantaran
Produk yang diterima adalah berbeza daripada yang dipesan (salah item / salah kuantiti)
Produk tamat tempoh (expired) semasa diterima
Untuk kes di atas, pelanggan WAJIB:
Menghubungi kami dalam tempoh 24 jam selepas produk diterima
Menyertakan foto/video produk yang menunjukkan kerosakan atau kesilapan
Menyertakan foto resit atau bukti pembelian